Wednesday, 20 April 2011
Bangunlah...
Baru-baru ni negara kita digegarkan dengan berita yang mengatakan loji memproses sisa nukleur akan di bina di Gebeng Kuantan, Pahang. Projek yang bernilai kira-kira RM700 juta ini sudah mencapai tahap terakhir sebelum boleh memulakan "kerjanya". Projek ini yang dibina oleh syarikat dari Australia iaitu Lynas Corp itu akan menyebabkan kesan radiasi kepada masyarakat sekitarnya iaitu Kuantan dan mungkin juga Kemaman,Terengganu. Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Jika benar apa yang dikatakan oleh mamat ni, kenapa loji yang "selamat" ini tidak dibina di Australia itu sendiri? Sedangkan kita tahu negara Australia adalah negara yang besar dan mempunyai pemilihan ruang yang lebih banyak berbanding keluasan tanah yang kecil di Malaysia. Kenapa kerajaan Australia tidak mahu membangunkan loji pemprosesan sisa nukleur ini di pedalaman Australia atau sebagainya? Kenapa perlu melabur hampir RM 1 bilion untuk memindahkan sisa nukleurnya ke Malaysia(2500 km jauhnya dari Australia)? Tidakkah anda pelik kawan-kawan khususnya rakyat Malaysia? Di sini aku bercakap tiada unsur politik, malah bercakap untuk kebaikan anak-anak cucu kita yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Kesan radiasi ini memang tidak akan nampak untuk 5-6 tahun akan datang, tetapi kita akan dapat lihat kesannya pada masa akan datang. Adanan Yaakub iaitu menteri besar Pahang sendiri memberi ugutan akan menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi. Adakah ini disifatkan sebagai ugutan kepada rakyat Pahang agar menerima projek ini dengan hati terbuka? Menteri besar sendiri mengugut mahu menutup peluang pekerjaan rakyat Pahang jika rakyat Pahang terus menerus mendesak projek ini supaya dibatalkan? Ini bukan soal pendapatan kerajaan, ini soal kesihatan dan keselamatan. Tidak ada projek lain yang mampu menjana pendapatan negeri Pahang lagi ke cik Adnan oi? Balak kat Pahang tu mana hasilnya? Tak nampak pun? Nak bina loji pelupusan sisa nukleur. Bukan nukleur kawan-kawan tetapi SISA nukleur, Setahu aku hanya satu negara sahaja yang menerima projek ini di dunia iaitu negara China. Malaysia nak jadi negara ke dua yang menerima projek inikah? Kenapa negara lain tak terima projek ini? Setahu aku dulu kerajaan negeri Terengganu dah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada tahun 2007. Kini kerajaan negeri Pahang menerima projek ini. Kenapa pentadbiran kerajaan negeri tidak bertanya sebab kepada kerajaan negeri terengganu apakah alasan mereka dalam menolak permohonan Lynas Corporation ini? Aku bercakap bukan bagi pihak rakyat Pahang sahaja, malah untuk rakyat Malaysia khususnya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi lagi 20-30 tahun. Pepatah Melayu ada mengatakan "sediakan payung sebelum hujan". Tapi kalau kita tengok hari ni, kita sebenarnya menadah hujan dan tidak menyediakan payung langsung. Rakyat Malaysia sudah ramai yang berpendidikan. Adakah projek ini perlu diteruskan? Aku yakin ianya PASTI diteruskan jika rakyat Malaysia hanya membisu. Aku sebagai rakyat Pahang dan Malaysia membantah keras projek ini. Anda bagaimana? Hanya berfikir di hati tiada tindakan? Alahai, layunya Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Koi pun nok bantoh same...
Say No to Loji Lynas.
Kita kena kecohkan perkara ini seluruh Malaysia
Top 10 negara sihat
http://www.facebook.com/pages/Kami-Membantah-Projek-Lynas-di-Malaysia/178517788866387
biar apa orang nak kata..biar orang kata sia-sia, yang penting kita berusaha..InsyaAllah kita akan dapat menunjukkan suara kita rakyat Malaysia..
Kalau penulisan kena pada gayanya, aku memang suka sangat . Aku setuju dan aku pun baru tahu hal ni ( slow ~ ! ) . Perlu melibatkan banyak pihak untuk sokong penutupan si 'Lynas' ni ! . any suggestion ?
Post a Comment