Di Giant, Ija gelojoh. Melihat itu, Ija nak beli, padanya semua cantik walaupun blackout!
"Ija, ce jangan rakus sangat nak ambik itu ini, abang tak ade duitlah nak bayar semua ni! Kita bukan orang kaya Ija!", kata abang, suami Ija.
"Ala abang ni.......", muncung Ija panjang 8956789 depa.
Masa itu, Ija mahu menendang segala benda yang bernama sayur, supaya sayur tahu kesakitan hatinya dimarahi suami durjana. Walang hati Ija, suami tak endahkan, yang tahu, membebel sampai muntah.
Ija ternampak penyembur serangga. Walaupun Ija tahu rumahnya ada berbotol minyak cap kapak, Ija tetap nak beli penyembur serangga. Apa kaitan aku pun tak tahu.
Ija tahu, Ija sayangkan suaminya, tapi keadaan suaminya yang lumpuh tetap juga nak ngekor ke Giant, Ija redha. Ija jugalah yang menyorong kerusi roda tanpa banyak bunyi.
Ija.....
Nak tendang suaminya masuk zoo. Tapi jauh sangat. Nak kena sorong ke zoo lagi, nak buat berlakon lagi. Susah! Susah!
Ija tahu bang...Ija pun buta..mana Ija nampak sayur. Nampak penyembur serangga. Nampak zoo. Karut. Kita pengemis je kat sini. Kerusi roda abang ni pun Ija main agak je kerusi roda. Entahlah. Ija takut Ija ambik kereta sorong je ni..(getus resah hati Ija)
Tammat.
2 comments:
lol.
hah?
Post a Comment