klik !

Sunday, 15 April 2012

PTPTN ? Pendidikan Percuma ?

Assalammualaikum...



Sekarang ni isu yang hangat diperkatakan tak kisahlah di media utama negara dan media baru adalah berkenaan dengan mansuh PTPTN dan pendidikan percuma. Mungkin kerana dah nak pilihan raya , jadi isu-isu hangat begini akan dibangkitkan demi mendapat perhatian rakyat dan menjadi hero dalam sesuatu isu. Tapi , bagi suara anok semantan, suasan ini kami cuba nilai dan lihat sebagai seorang manusia biasa dan neutral dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Setelah meneliti dan melihat kepada keterangan kedua2 belah pihak sama ada melalui media massa, media baru ( internet ), ceramah, forum, meja bulat PTPTN, dan sebagainya sudah ada sesuatu yang bermain di fikiran SAS ( suara anok semantan ).

Bagi SAS, kami melihat ini sebagai satu perkara positif apabila ada sesuatu pihak mengumumkan akan berusaha untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Kenapa positif?? Sebab dalam Islam sendiri mengatakan bahawa penuntut ilmu ini dikategorikan sebagai golongan jihad dan layak menerima wang zakat sebagai bantuan. Jadi, kenapa pemerintah dalam negara Islam seperti Malaysia ni tak nak menjadikan ajaran Islam itu sebagai role model dalam pentadbiran? Adakah bersalah membuat kebajikan dalam pentadbiran dan membantu rakyat dalam menimba ilmu ? Semestinya  tak salah malah tindakan ke arah itu harus dipuji.

Yang kedua, SAS melihat pendidikan percuma ini adalah wajar kerana kita sebenarnya ada kemampuan ke arah itu. Negara-negara lain banyak yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Bukan hanya 3 negara bahkan banyak . SAS akan listkan negara-negara tersebut :

1) Arbados,
2) Brazil
3) Belgium
4) Croatia
5) Denmark
6) Finland
7) Greece
8) Hungary
9) Kenya
10) Malta
11) Mauritius
12) Morocco
13) Norway
14)Scotland
15) Slovakia
16) Sri Lanka
17) Sweden
18) Trinidad and Tobago
19) Brunei
20) Turkey
21) Oman
22) Saudi Arabia

Antara bukti nya adalah ini :

1- Free Education di Brunei:
2- Free Education di Argentina:
3- Free education di Finland:
4- Free education di Norway:
5- Free education di Jerman:



Sri Lanka


Malta

Trinidad N Tobago

Kenya

Negara-negara yang dilistkan di atas bukanlah semuanya adalah negara maju dan kaya. Contoh negara yang lebih kurang kekayaannya dan lebih mundur daripada Malaysia adalah Argentina, Sri Lanka, Trinidad N Tobago, Mauritius, Kenya, Turki , dan Malta. Negara-negara ni bukan lah kaya mana dan ada yang langsung tidak ada hasil minyak di bumi mereka. Mungkin ada yang mengatakan cukai di negara mereka banyak. Di sini, SAS beranggapan bahawa Malaysia adalah negara paling banyak cukai berbanding negara lain. Contohnya cukai jalan, cukai pendapatan, cukai kereta , cukai pintu, cukai perkhidmatan, cukai pekerja asing, cukai syarikat, cukai kerajaan, cukai perdagangan, cukai tanah, dan banyak lagi cukai di Malaysia. Jadi tak timbul isu cukai di negara lain dengan cukai di Malaysia. Jadi, kemampuan itu jika dilihat ada sebenarnya.

Ada juga mulut yang mengatakan akan menyebabkan rakyat menjadi malas kerana akan senang medapat sesuatu dan menyebabkan mereka menjadi malas. Ini adalah satu statement yang SAS tak berapa setuju. Jika pendidikan percuma , maka orang ramai akan bersungguh-sungguh untuk mengisi tempat di pengajian tinggi di Malaysia. Akan ada persaingan yang sihat di antara rakyat untuk mendapatkan tempat. Adakah itu dikategori sebagai malas? Kalau malas, tak dapat masuk U kan. Jika kita lihat dari perspektif yang berlainan. Contohnya pembiayaan JPA . Dalam pembiayaan ini tak silap SAS ada menetapkan pointer minimum untuk di capai supaya pembiayaan tersebut terus berjalan. Begitu juga PTPTN yang mana menetapkan sekurang-kurangnya 2.0 GPA untuk meneruskan pinjaman. Jadi, polisi ini boleh di guna pakai apabila PTPTN menjadi biasiswa kelak. Contohnya yang mendapat pembiayaan PTPTN mesti lah mendapat GPA paling minimum 2.0 atau 2.5 demi menjaga prestasi pelajar agar tidak leka dengan apa yang mereka dapat. Faham kan??

Ada juga yang kata student kita ni banyak membazir. Beli sana, shopping sini. Bagi SAS, benda-benda macam tu bukan sahaja budak yang ambil PTPTN yang buat tapi yang amik JPA, MARA, atau biasiswa lain juga berbuat sedemikian rupa. Jadi, tak timbul isu kerana apa yang mereka belanjakan akan dipersoalkan di "sana" kelak. Jadi , itu adalah atas kesedaran masing-masing sebenarnya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dari keluarga berpendapatan tinggi. Untuk dari keluarga berpendapatan rendah, tak ramai yang pergi shopping sana sini dan sebagainya. Kerana tak ada sumber kewangan dari mak ayah malah ada yang terpaksa bekerja lebih untuk menampung hidup sendiri dan keluarga. Itu adalah satu kenyataan yang berlaku dalam kalangan sesetengah pelajar.

Ada yang mengatakan , boleh ke?? Mampu ke nak beri percuma? Itu SAS tak boleh nak jawap. Tetapi, apabila ada usaha ke arah itu, kita semestinya akan menyokong kerana memberikan sesuatu kebaikan kepada masyarakat.  Jika dilihat dari segi hujah yang di berikan seperti di sini . Setelah SAS baca, ada logiknya dan masuk akal. Jadi, perlaksanaan tu terpulang kepada mereka sama ada nak lakukan atau pun tidak. Bagi kita senang sahaja, jika janji dah dimungkiri, maka kita tak akan percaya lagi. Tapi, bila masing-masing hebah mengatakan tak wajar PTPTN dimansuhkan dan sebagainya, ini bermakna seolah-olah mereka yakin yang ianya boleh dilakukan. Dan mencari alasan kenapa ianya tidak wajar dilakukan. Lagi satu, rasanya mereka akan lakukan jika berkuasa kelak kerana apa? Kerana ini adalah 1st impression rakyat kepada mereka.

Jadi, ini adalah antara pandangan daripada SAS yang mana setelah membuat analisa peribadi berkenaan dengan isu ini. SAS menyokong akan usaha ke arah itu kerana lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan. Ada orang kata tak bersyukur ke? Kita bersyukur dengan apa yang kita ada . Tapi apabila ada yang menawarkan sesuatu yang lebih , maka kita akan lebih bersyukur kepada Nya kerana sumber dan pentadbiran negara di gunakan dengan lebih elok. InsyaAllah.

P/S : Jadi penganalisa politik pulok ke ni ?? Haha



Saturday, 7 April 2012

Koi minat betoi ngan lagu ni. Banyok unsur nasihat dan boleh jadi tauladan dalam kalangan orang kite ni....
Layan~


Ngape Bior Semok


Ngape Bior Semok,
Tanoh Sekangkang Kere,

Ngape Bior Lari,
Kerbanya ande sekor ,

Ngape Mudoh Lepe,
Ngape Mudoh Ralik,

Kalanya ngendok senang kene lah beringat-ingat,
Kalanye ngendok menang kenelah bekerja kuat,
Orang lepoas ke bulan awok dalang selimut,
Orang naik kapei terebang awok terngengsot-ngengsot

Ngape abih juei,
Paya peseke ngemok

Ngape bior reput,
Rumoh peninggei ngayoh

Tuesday, 3 April 2012

Maaf

Maaf, andai aku ada terkasar bahasa
Maaf, andai aku tiada semasa kau memerlukan
Maaf, jika ku meninggikan suara
Juga maaf, kerana aku penyebab kau sering mengalirkan air mata

Aku, bukannya sempurna
Aku, juga manusia biasa seperti mu jua
Aku, masih belum mampu membuat kamu bahagia
Juga aku, masih selalu membuat kamu berduka cita

Kau, yang sering bersabar dengan kerenah ku
Kau, yang sering menghabiskan masa melayan kerenahku
Kau, yang selalu mendengar ketika ku di dalam kekalutan
Juga kau, yang mampu membuat aku bahagia

Seperti burung yang bebas berterbangan
Aku cuba mencari kehidupan yang mampu membuat ku tersenyum sendiri
Gelak tawa kita bersama akan ku ukir di dalam hati
Andai aku bersuara tinggi, padamkan dari hati mu dan lupakan ia

Ini luahan hati ku

Langsung lemah bila teringat dirimu
Orang yang sering mengingatimu
Variasi kehidupan yang ku lalui setiap hari
Engkau ceriakan tanpa mengenal erti naluri

Untuk kamu

Karya : Suara Anok Semantan
:-)

* Nok lebih touching, baca sambil dengor ni 


P/s : Adoai, jiwang la pulok...

Followers